| General note |
Peningkatan globalisasi dan liberalisasi telah mendesak sektor perbankan untuk memperbaiki kecekapannya agar mampu bersaing dalam persekitaran yang liberal. Ekoran daripada perubahan ini, kajian ini meneliti kecekapan bank dan pemboleh ubah yang berkaitan dengan ilmu bagi bank-bank perdagangan di Malaysia. Secara khususnya, pertama, kajian ini menganalisis prestasi bank-bank perdagangan dan pecapaian K-ekonomi di Malaysia. Kedua, ia menganggarkan kecekapan kos dan keuntungan bank-bank perdagangan Malaysia. Ketiga, ia juga menguji pemboleh ubah K-ekonomi yang dapat mempengaruhi kecekapan kos dan keuntungan bank. Akhirnya, berdasarkan hasil penemuan kajian ini, beberapa cadangan dasar diutarakan untuk memperbaiki prestasi bank pada masa depan. Kajian ini menggunakan kedua-dua data primer dan sekunder. Kecekapan kos dan keuntungan dianggarkan dengan menggunakan Analisis Sempadan Stokastik (SFA) berdasarkan data panel tak seimbang daripada 23 buah bank perdagangan dari tahun 1990 hingga 2003. Sebelum melakukan penganggaran, ujian spesifikasi input-output dan struktur pasaran dilakukan terlebih dahulu. Kecekapan kos dan keuntungan yang telah dianggarkan akan digunakan sebagai pemboleh ubah bersandar proksi pemboleh ubah ilmu sebagai pemboleh ubah bebas dengan menggunakan Model Pertumbuhan Baru dan Model Neoklasik. Ujian spesifikasi eksogeniti Hausman digunakan untuk menentukan model yang sesuai digunakan. Hasil penemuan kajian ini menunjukkan bahawa prestasi bank-bank perdagangan di Malaysia telah terjejas akibat Krisis Kewangan Asia yang telah muncul pada tahun 1997. Walau apa pun, kecukupan modal bank perdagangan hanya terjejas sedikit sahaja kerana telah dibantu oleh program penstrukturan semula institutsi perbankan. Namun, bank-bank masih terdedah kepada kejutan ekonomi kerana mempunyai nisbah keumpilan yang tinggi dan kian meningkat, masalah NPL yang tinggi dan perolehan keuntungan yang tidak stabil. Walaupun kecekapan kos bagi bank tempatan dan asing didapati meningkat melauli masa, namun kecekapan keuntungan didapati menurun. Tiada perbezaan kecekapan kos yang signifikan di antara bank asing dan tempatan, namun wujud perbezaan signifikan bagi kecekapan keuntungan di antara bank asing dan tempatan. Kesemua pemboleh ubah ilmu, iaitu infrastruktur ICT, sumber manusia "berilmu" dan infrastruktur bank adalah pemboleh ubah eksogen. Perbelanjaan ICT didapati sugnifikan mengurangkan ketidacekapan kos, namun perbelanjaan latihan didapati signifikan mengurangkan kecekpakan kos. Saiz bank didapati meningkatkan ketidakcekapan kos kerana masih dalam proses peralihan penggabungan. Kesan firma yang mewakili perbezaan gaya pengurusan dan kepakaran bank didapati signifikan mempengaruhi ketidakcekapan kos. Walaupun perbelanjaan stok bukan IT didapati signifikan meningkatkan kecekapan keuntungan, namun perbelanjaan latihan didapati signifikan menurunkannya. Pemboleh ubah masa juga didapati signifikan mempengaruhi kecekapan keuntungan. Oleh itu, kajian mencadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan daya saing bank: (i) teruskan penggabungan bank, terutama bagi bank yang belum lagi mencapai keperluan modal minimum, (ii) meningkatkan komponen ilmu, (iii) melaksanakan pengurusan modal dan pendapatan yang lebih dinamik, dan (iv) memperbaiki kualiti perkhidmatan bank |