MARC View

Pemerkauman Isu Pilihan Raya dalam Akhbar Arus Perdana Bahasa Inggeris di Malaysia (Record no. 9422)

100 ## - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Chai Ming Hock
9 (RLIN) 9122
245 ## - TITLE STATEMENT
Title Pemerkauman Isu Pilihan Raya dalam Akhbar Arus Perdana Bahasa Inggeris di Malaysia
264 ## - IMPRINT
Place IKMAS
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
Date 2010
500 ## - GENERAL NOTE
General note Tesis ini adalah kajian dalam bidang media yang juga memanfaatkan perspektif sosiologi politik untuk menganalisis perkembangan media, politik dan pilihan raya di Malaysia. Tesis ini meneliti pemaparan isu-isu pilihanraya umum oleh akhbar-akhbar bahasa inggeris di Malaysia (New Straits Times, The Star dan The Sun) sepanjang tempoh sebulan menjelang kesemua empat pilihan raya umum iaitu Pilihan Raya Umum 1995, 1999, 2004 dan 2008. Akhbar bahasa inggeris dipilih untuk kajian ini atas andaian bahawa ia mempunyai pembaca yang merentasi sempadan etnik. Tesis ini didorong oleh hakikat bahawa persoalan etnik menduduki tempat utama dalam wacana awam khusunya politik di Malaysia. Dua persoalan utama yang diteliti dalam tesis ini ialah mengenai pemaparan isu-isu pilihan raya daripada perspektif kaum oleh akhbar arus perdana bahasa Inggeris, dan hubungkait pemaparan tersebut dengan persekitaran politik kaum di Malaysia. Bertolak dari sini, tesis ini meneroka hubungkait antara stereotaip kaum dengan pemaparan isu-isu pilihan raya oleh akhbar-akhbar tersebut. Ia meneliti bagaimana dan setakat mana akhbar-akhbar itu 'memperkaumkan' isu-isu pilihan raya di Malaysia, yakni memberi 'warna' atau sudut kaum kepada isu-isu yang tidak semestinya bersifat kaum. Berpandukan teoi kerangka (framing theory) untuk membimbing analisis, tesis ini menggunakan pendekatan analisis kandungan dan juga analisis wacana dalam analisis kajian yang dijalankan. Kerangka mempengaruhi skema inteprestasi mengenai sesuatu isu atau peristiwa dengan memberi makna tertentu kepada peristiwa serta mencadangkan apa yang sebenarnya menjadi isu dalam sesuatu peristiwa tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar isu-isu pilihan raya tidak diperkaumkan dalam laporan-laporan akhbar yang dikaji. Namun terdapat sejumlah isu yang diperkaumkan walaupun peratusannya adalah kecil isitu secara purata sekitar lima peratus bagi setiap pilihan raya. Walaupun kecil, pemerkauman isu-isu pilihan raya menyebabkan isu-isu tersebut dimuatkan dalam kerangka politik kaum yang dominan di Malaysia. Pemerkauman sedemikian seterusnya memperkukuhkan kerangka politik dan stereotaip kaum di negara ini. Tesis ini menunjukkan bahawa memang terdapat hubungkait antara kerangka yang digunakan oleh akhbar dalam pemaparan isu-isu pilihan raya dengan persekitaran politik di Malaysia. Tesis ini memberikan bukti empirikal yang jelas tentang hubungkait media dengan pemerkauman isu-isu yang tidak semestinya bersifat kaum dalam keempat-empat pilihan raya umum yang dikaji. Dari segi dasar, hasil kajian ini memberi implikasi bahawa akhbar-akhbar Malaysia harus menilai semula amalan mereka yang menggunakan kerangka kaum dalam memperkaumkan sesetengah isu pilihan raya agar wacana mereka lebih menyumbang kepada pembinaan negara bangsa dan mengeratkan hubungan antara kaum.
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme
Koha item type THESIS (PHD)
Copies
Permanent Location Not for loan Date acquired Collection code Koha item type Shelving location Damaged status Lost status Withdrawn status Current Location Full call number
Pusat Sumber IKMASNot For Loan2018-07-23Non FictionTHESIS (PHD)Reference   Pusat Sumber IKMASIKM/ T0002/ 2010PhD

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL