MARC View

Isu Kemajuan dalam Majalah Al-Imam (1906-1908) dan Al-Munir (1911-1915) (Record no. 9426)

100 ## - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Sarwan
9 (RLIN) 9126
245 ## - TITLE STATEMENT
Title Isu Kemajuan dalam Majalah Al-Imam (1906-1908) dan Al-Munir (1911-1915)
264 ## - IMPRINT
Place IKRAB
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
Date 2012
500 ## - GENERAL NOTE
General note Kajian ini menganalisis isu kemajuan dalam majalah Al-Imam (1906-1908) Singapura dan majalah Al-Munir (1911-1916) Padang. Objektif utama kajian meneliti isu-isu yang dibangkitkan Al-Imam dan Al-Munir. Objektif kedua untuk menganalisis tiga isuutama Al-Imam dan Al-Munir, iaitu isu pendidikan, wanita dan agama. Objektif terakhir untuk menilai persamaan dan perbezaan antara Al-Imam dan Al-Munir. Isu kemajuan Al-Imam dan Al-Munir dijadikan sebagai fokus kajian memandangkan ia merupakan isu kontroversi antara Kaum Muda dengan Kaum Tua yang menyemarakkan kemajuan pemikiran dan gerakan umat Islam di Nusantara pada awal abad ke 20M. Metodologi kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan sumber primer utama naskah Al-Imam dan Al-Munir. Manakala sumber sekunder pula ialah maklumat yang diperoleh daripada buku, tesis, jurnal, akhbar, kertas kerja seminar, risalah, gambar dan dokumen yang berkaitan. Pendekatan kajian bersifat analisis deskriptif dan interprestasi kritikal terutamanya dalam pemeriksaan fakta yang ada hubungan dengan permasalahan pokok tesis. Hasil kajian mendapati bahawa Al-Imam dan Al-Munir menilai ilmu pengetahuan agama dan ilmu pengetahuan moden sangat penting bagi kemajuan umat Islam Nusantara. Al-Imam dan Al-Munir berpendapat bahawa kaum wanita mesti dimajukan dan dihantar ke sekolah. Kemudian Al-Imam dan Al-Munir menentang syirik serta bidaah. Akhirnya kajian ini menunjukkan bahawa pokok isu utama kemajuan Al-Imam dan Al-Munir adalah selari kerana faktor sumber, persamaan budaya dan interaksi yang berterusan. Selain itu ada juga terdapat perbezaan dari segi penerimaan masyarakat terhadap isu yang dikemukakan. Kajian ini boleh memerikan sumbangan kepada penemuan baru tentang berkembangnya wacana ilmiah terhadap kelangsungan isu-isu yang dikemukan oleh Al-Imam dan Al-Munir.
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme
Koha item type THESIS (PHD)
Copies
Permanent Location Not for loan Date acquired Collection code Koha item type Shelving location Damaged status Lost status Withdrawn status Current Location Full call number
Pusat Sumber IKMASNot For Loan2018-07-24Non FictionTHESIS (PHD)Reference   Pusat Sumber IKMASIKM/ T0004/ 2012PhD

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL