MARC View

Pelaburan Langsung Asing Keluar Malaysia: Penentu dan Kesan ke Atas Eksport dan Pekerjaan Sektor Pembuatan (Record no. 9439)

100 ## - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Teo Yen Nee
9 (RLIN) 9139
245 ## - TITLE STATEMENT
Title Pelaburan Langsung Asing Keluar Malaysia: Penentu dan Kesan ke Atas Eksport dan Pekerjaan Sektor Pembuatan
264 ## - IMPRINT
Place IKMAS
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
Date 2015
500 ## - GENERAL NOTE
General note Kebimbangan terhadap kemungkinan kesan peningkatan Pelaburan Langsung Asing Keluar (PLAK) terhadap eksport dan pekerjaan negara asal pelabur wujud, apa bila Malaysia menjadi pengeksport bersih modal sejak 2007, sebab kesannya masih tidak meyakinkan secara teori dan empirik. Kajian lepas menunjukkan mencari pasaran ialah objektif PLAK Malaysia, dilengkapi faktor menarik lain seperti kehadiran limpahan sumber asli dan aset strategik di negara asing, atau faktor menolak domestik seperti kenaikan kos buruh negara asal pelabur. Kajian lepas pula mendapati PLAK dan perdagangan berhubungan tidak signifikan, kerana PLAK lebih menumpu kepada sektor perkhidmatan, yang secara umumnya bersifat kurang diperdagangkan. Dari segi kesan PLAK terhadap pekerjaan industri pembuatan domestik, walaupun penting, tidak ada kajian dilaksanakan untuk Malaysia setakat ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan menerokai penentu PLAK Malaysia dari segi kelebihan relatif lokasi negara asing berbanding dengan Malaysia. Tesis ini juga menyelidik kesan PLAK terhadap eksport pembuatan dan pekerjaan di Malaysia, mengikut kemahiran. Maka, objektif pertama tesis ini ialah menyelidik faktor menarik dan menolak yang mempengaruhi PLAK Malaysia dengan model graviti yang diubahsuai. Objektif kedua pula mengkaji kesan PLAK terhadap eksport pembuatan, dengan model eksport terturun, dan objektif terakhir mengkaji kesan PLAK terhadap pekerjaan industri pembuatan domestik yang dibezakan mengikut kemahiran, dengan menggunakan model permintaan buruh yang diubahsuai. Keputusan model pertama menunjukkan PLAK secara signifikan ditarik oleh saiz pasaran relatif, kadar cukai korporat relatif, liberalisasi perdagangan relatif dan kerapatan budaya. PLAK juga meningkat sejajar dengan kos pengangkutan dan ini menggambarkan PLAK melintang. Keputusan model kedua mendapati PLAK tidak signifikan mempengaruhi eksport pembuatan. Ini menunjukkan bahawa destinasi pelaburan mungkin digunakan sebagai tapak pengeluaran dan platform eksport ke pasaran baru. Model ketiga pula mendapati PLAK tidak signifikan mempengaruhi pekerjaan industri pembuatan domestik untuk berkemahiran tinggi dan kemahiran rendah, dan ini menunjukkan bahawa PLAK berobjektif mencari pasaran baru melalui pengeluaran baru di destinasi negara asing. Secara keseluruhannya, ketiga-tiga kajian menunjukkan keputusan yang konsisten, mengesahkan PLAK Malaysia berbentuk melintang, dengan objektif utama untuk mencari pasaran baru. Kajian tesis ini menyumbang kepada bidang ilmu melalui beberapa cara. Pada model pertama, kepentingan relatif kedua-dua faktor menarik dan menolak dipertimbangkan berbanding dengan kajian lepas, yang hanya mengkaji salah satu faktor menarik atau menolak. Pada model kedua, kajian peringkat sektor melengkapi satu-satunya kajian sedia ada pada peringkat makro, dan setakat ini tiada penulisan diterbitkan ke atas kesan PLAK pada pekerjaan industri pembuatan kosmetik sungguhpun ia adalah isu penting literatur. Dari segi kekangan kajian, kajian terperinci tiga dimensi sukar dilaksanakan disebabkan kekurangan data tiga dimensi pada PLAK, eksport dan pekerjaan mengikut negara dan industri pembuatan. Berdasarkan keputusan, tesis mencadangkan agar menambah baik persekitaran pelaburan domestik untuk menyokong pelaburan domestik untuk menyokong pelaburan domestik dan/ atau peralihan PLA melintang kepada PLA menegak yang berupaya merangsang hubungan bermanfaat dengan ekonomi Malaysia.
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme
Koha item type THESIS (PHD)
Copies
Permanent Location Not for loan Date acquired Collection code Koha item type Shelving location Damaged status Lost status Withdrawn status Current Location Full call number
Pusat Sumber IKMASNot For Loan2018-08-01Non FictionTHESIS (PHD)Reference   Pusat Sumber IKMASIKM/ T0002/ 2015PhD

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL