MARC View

Keberkesanan Program Pendidikan Kemahiran Hidup Dalam Membasmi Kemiskinan di Bandar Makassar Sulawesi Selatan (Record no. 9441)

100 ## - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Sitti Naadiah
9 (RLIN) 9141
245 ## - TITLE STATEMENT
Title Keberkesanan Program Pendidikan Kemahiran Hidup Dalam Membasmi Kemiskinan di Bandar Makassar Sulawesi Selatan
264 ## - IMPRINT
Place IKMAS
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
Date 2015
500 ## - GENERAL NOTE
General note Penyelidikan ini dalam bidang pembangunan sosial yang menggunakan perspektif ilmu pembangunan sumber manusia dan kemiskinan. Ia mengkaji keberkesanan Program Pendidikan Kemahiran Hidup (PKH) dalam memperkasa golongan miskin dan penganggur di Bandar Makassar, Sulawesi Selatan.Program kemahiran hidup merupakan sebahagian pendidikan tidak formal yang bermula di Indonesia sejak 2002. Ia bertujuan bagi mengatasi kemiskinan dan pengangguran serta meningkatkan pendapatan dalam kalangan para peserta. Kajian ini mempunyai tiga objektif: pertama, menganalisis program kemahiran hidup di Indonesia secara umum dan Sulawesi Selatan secara khusus; kedua, mengenal pasti persepsi peserta kursus terhadap program kemahiran hidup; dan ketiga, keberkesanan PKH terhadap motivasi peserta, pekerjaan dan pendapatan serta impaknya dalam membasmi kemiskinan. Kajian ini menggunakan teori modal manusia untuk membimbing pengkaji menjawab objektif dan soalan-soalan kajian. Kaedah yang digunakan ialah kaedah gabungan (Mixed Method) kuantitatif dan kualitatif. Data primer diperoleh melalui dua cara iaitu soal selidik dan temubual. Soal selidik disebarkan dalam kalangan 200 peserta yang terlibat program pendidikan kemahiran hidup di Makassar dalam tempoh 2010 hingga 2012. Manakala temu bual dijalankan terhadap enam orang pemberi maklumat (informan) utama yang terlibat dalam pelaksanaan pendidikan kemahiran hidup bagi pihak kerajaan. Data sekunder diperoleh melalui kajian literatur termasuk dokumen-dokumen, polisi dan data statistik kerajaan. Kajian ini mendapati berlaku penurunan dari segi peruntukan perbelanjaan pendidikan kemahiran hidup sehingga memberi kesan ke atas jumlah peserta yang mengikuti program, kesan ke atas sarana dan prasana yang menjadi semakin terbatas serta terhadap pelaksanaan proses latihan pendidikan kemahiran hidup. Persepsi peserta PKH terhadap tenaga pengajar secara keseluruhan berada pada tahap sederhana. Namun, apabila ditinjau dari segi penyampaian, meningkatkan motivasi peserta dan kesesuaian praktik kursus maka persepsi peserta berada pada tahap tinggi. Dari segi hasil pembelajaran kursus, persepsi peserta berada pada tahap yang tinggi. Kebanyakan peserta yang telah mengikuti PKH mendapat pekerjaan, peningkatan pendapatan setelah bekerja dan bahkan kerap menerima pekerjaan dengan kemahiran seperti latihan pengasuh bayi, pelayaran, kimpalan dan jenis kemahiran lainnya. Kejayaan peserta kursus dalam mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan di atas garis kemiskinan merupakan suatu kejayaan PKH dalam membasmi kemiskinan dan pengangguran di kalangan peserta. Kajian ini memberi sumbangan penting terhadap ilmu pembangunan sosial, pengurusan PKH dan polisi kerajaan dalam melaksanakan program PKH dengan lebih berkesan.
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme
Koha item type THESIS (PHD)
Copies
Permanent Location Not for loan Date acquired Collection code Koha item type Shelving location Damaged status Lost status Withdrawn status Current Location Full call number
Pusat Sumber IKMASNot For Loan2018-08-02Non FictionTHESIS (PHD)Reference   Pusat Sumber IKMASIKM/ T0004/ 2015PhD

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL