MARC View

Penglibatan Komuniti Dalam Perusahaan Sutera di Sulawesi Selatan, Indonesia: Kajian Kes Kabupaten Wajo, Soppeng dan Enrekang (Record no. 9461)

100 ## - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Baso Iwang
9 (RLIN) 9143
245 ## - TITLE STATEMENT
Title Penglibatan Komuniti Dalam Perusahaan Sutera di Sulawesi Selatan, Indonesia: Kajian Kes Kabupaten Wajo, Soppeng dan Enrekang
264 ## - IMPRINT
Place IKMAS
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
Date 2015
500 ## - GENERAL NOTE
General note Tesis ini meneliti penglibatan komuniti dalam perusahaan sutera dengan tumpuan kepada kabupaten Enrekang, Soppeng dan Wajo di Sulawesi Selatan, Indonesia. Bagi masyarakat usaha sutera merupakan tradisi serta budaya yang diwariskan secara turun temurun, manakala bagi kerajaan ia 'usaha unggulan'. Kajian ini menggunakan perspektif sosiologi mengenai pembangunan masyarakat. Tesis ini mempunyai empat objektif: pertama, mengkaji peranan penglibatan komuniti dalam membangun dan melestarikan usaha persuteraan; kedua, menilai setakat mana usaha ini dapat menyumbang kepada sosio ekonomi kaum tani dan penrajin; ketiga, meneliti faktor-faktor yang menghalang penglibatan komuniti dalam membangun usaha persuteraan serta cabaran-cabarannya; dan keempat, menilai peranan pemerintah memperkasakan masyarakat untuk mendukung usaha sutera. Kajian ini menggunakan tiga teori iaitu teori penglibatan komuniti, teori modal sosial dan teori peranan negara dalam pembangunan untuk dijadikan kerangka pembimbing. Kedua-dua pendekatan kuantitatif dan kualitatif digunakan bagi kaedah kajian. Data primer diperolehi melalui temubual terhadap 10 informan utama, survei ke atas 160 petani dan pengusaha sutera, perbincangan kelompok terfokus, dan pemerhatian tidak ikutserta. Data sekunder berbentuk dokumen diperolehi daripada jabatan-jabatan pemerintah, tesis serta penerbitan lain. Tesis ini menunjukkan bahawa usaha persuteraan mengalami kemerosostan dalam pelbagai hal seperti minat masyarakat berkurang, produksi kokon dan benang sutera menurun serta penghasilan masyarakat berkurang. Pada segmen hulu kualiti bibit ulat menjadi penghalang utama terhadap minat komuniti untuk terlibat, kurangnya tenaga lapangan serta pengetahuan petani terbatas, manakala di segmen hilir penggunaan teknologi masih tradisional serta terbatasnya keterampilan penrajin sehingga mutu benang dan kain sutera yang dihasilkan masih rendah. Walaupun minat masyarakat yang terlibat semakin menurun, namun ramai masyarakat yang menggantungkan hidupnya terhadap usaha ini bahkan ada sebahagian kecil masyarakat yang telah berjaya. Kerajaan telah mengeluarkan beberapa dasar, bantuan langsung, pelatihan serta bimbingan teknis ke petani. Ketersedian sumberdaya manusia, peranan kerajaan yang berkesan dalam menyokong usaha sutera serta pasaran yang baik akan dapat meningkatkan minat masyarakat untuk terlibat dalam memajukan usaha persuteraan. Tesis ini memberi sumbangan kepada korpus ilmu mengenai pembangunan masyarakat khususnya dalam konteks perusahaan yang bersifat tradisi warisan. Ia juga bermanfaat bagi kerajaan untuk memahami masalah dan cabaran yang dihadapi masyarakat dalam menjalankan usaha persuteraan dan langkah mengatasinya.
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme
Koha item type THESIS (PHD)
Copies
Permanent Location Not for loan Date acquired Collection code Koha item type Shelving location Damaged status Lost status Withdrawn status Current Location Full call number
Pusat Sumber IKMASNot For Loan2018-08-06Non FictionTHESIS (PHD)Reference   Pusat Sumber IKMASIKM/ T0006/ 2015PhD

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL