MARC View

Pelancongan Perubatan dari Sumatera Utara ke Semenanjung Malaysia: Tren, Faktor Penyumbang dan Impak (Record no. 9477)

100 ## - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Destanul Aulia
9 (RLIN) 9166
245 ## - TITLE STATEMENT
Title Pelancongan Perubatan dari Sumatera Utara ke Semenanjung Malaysia: Tren, Faktor Penyumbang dan Impak
264 ## - IMPRINT
Place IKMAS
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
Date 2016
500 ## - GENERAL NOTE
General note Indonesia adalah penyumbang terbesar kepada pelancong perubatan ke Malaysia. Kebanyakan pelancong perubatan dari Indonesia adalah daripada Sumatera Utara. Pertumbuhan bilangan pelancong perubatan dari Sumatera Utara ke Malaysia adalah 10.68%. Jadi boleh dikatakan bahawa terdapat tren yang meningkat dalam jumlah pelancong perubatan dari Sumatera Utara. Berdasarkan keadaan ini, kajian ini menganalisis pelancongan perubatan dalam tiga aspek. Pertama, tren dalam bilangan pelancongan perubatan dari aspek ekonomi makro. Kedua, kajian ciri-ciri peribadi dan sociodemografi pelancong perubatan, proses perjalanan, destinasi dan jenis rawatan yang dipilih; dan kajian faktor-faktor penyumbang yang mempengaruhi keputusan pelancong perubatan. Ketiga, impak pelancongan perubatan ke atas hospital-hospital di Sumatera Utara dan ke atas sistem kesihatan di Sumatera Utara. Data yang digunakan adalah data sekunder dan primer. Kajian tren dalam bilangan pelancong perubatan menggunakan data sekunder bagi pembolehubah bebas keadaan ekonomi makro negara asal dan negara destinasi, iaitu pendapatan per kapita (PDRB/ kapita) dan kadar inflasi Sumatera Utara, KDNK Malaysia dan kadar pertukaran mata wang Malaysia-Indonesia, pembolehubah bebas kelakuan pencarian kesihatan di Sumatera Utara, iaitu jangka hayat, bilangan kemudahan kesihatan, bilangan doktor dan tahap pendidikan, dan juga sebagai pembolehubah bersandar jumlah pelancong perubatan. Tempoh kajian bermula pada tahun 2000 sehingga 2011 dan data suku tahunan mengakibatkan jumlah sampel menjadi 48 pemerhatian. Data primer digunakan untuk kajian sociodemografi, tren destinasi dan jenis rawatan, faktor yang menyumbang dan mengkaji kesan pelancongan perubatan. Sampel yang digunakan seramai 527 pelancong perubatan dan 30 responden dari Pejabat Kesihatan Provinsi Sumatera Utara. Hasil regresi menunjukkan bahawa bilangan pelancong perubatan Sumatra Utara secara ketara dipengaruhi oleh KDNK Malaysia, tahap pendidikan dan bilangan kemudahan kesihatan di Sumatera Utara. Ciri-ciri sociodemografi responden adalah sebahagian besar daripada mereka lelaki, berkahwin, dalam lingkungan umur produktif, dan etnik yang paling umum adalah Batak, mempunyai pendidikan yang lebih tinggi dan kebanyakan mereka adalah ahli perniagaan. Responden merasakan mereka mempunyai ciri-ciri peribadi agak terbuka, agak cepat menyesuaikan diri dan agak suka melancong. Jenis rawatan yang paling dikehendaki adalah pemeriksaan kesihatan. Destinasi yang paling kerap dikunjungi oleh adalah Pulau Pinang, manakala hospital yang paling kerap dikunjungi adalah Lam Wah Ee. Faktor-faktor penyumbang yang mempengaruhi secara ketara dalam membuat keputusan adalah faktor penyumbang yang datang dari negara asal dan faktor-faktor kepuasan terhadap hospital. Impak positif yang paling disetujui adalah daripada persaingan antara peningkatan teknologi, kemudahan dan kualiti tinggi dalam perkhidmatan tetapi lebih murah. Kesan negatif yang paling disetujui adalah pengurangan bilangan pesakit di negara asal, jika ini berlaku maka tidak ada insentif untuk membuat penambahbaikan dan mungkin akan ada pengaliran keluar pakar (brain drain). Kesan positif bagi sistem kesihatan di negara asal adalah meningkat perhatian kerajaan kepada daya saing hospital dan akan memberi penekanan perhatian kepada pendidikan untuk perkhidmatan kesihatan. Sebaliknya, impak negatif terhadap sistem kesihatan adalah persaingan antara hospital negara asal dan negara destinasi, ia juga boleh menyebabkan perbezaan dalam penjagaan kesihatan yang diterima untuk pesakit kaya dan miskin dan keadaan ini boleh dilihat sebagai hasil daripada ketidakupayaan kerajaan dalam pengurusan hospital sendiri. Kajian ini mencadangkan agar kerajaan Indonesia meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan kesihatan untuk menarik pesakit melakukan rawatan di dalam negeri dengan tahap perkhidmatan antara bangsa.
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme
Koha item type THESIS (PHD)
Copies
Permanent Location Not for loan Date acquired Collection code Koha item type Shelving location Damaged status Lost status Withdrawn status Current Location Full call number
Pusat Sumber IKMASNot For Loan2018-08-14Non FictionTHESIS (PHD)Reference   Pusat Sumber IKMASIKM/ T0002/ 2016PhD

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL