MARC View

Kepimpinan dan Tadbir Urus Pengendali Takaful di Malaysia (Record no. 9495)

100 ## - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Raja Rizal Iskandar bin Raja Hisham
9 (RLIN) 9178
245 ## - TITLE STATEMENT
Title Kepimpinan dan Tadbir Urus Pengendali Takaful di Malaysia
264 ## - IMPRINT
Place IKMAS
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
Date 2017
500 ## - GENERAL NOTE
General note Industri Takaful telah menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan dari segi produknya dalam pasaran dan Malaysia merupakan peneraju industri Takaful khususnya dalam pasaran ASEAN. Di sebalik kejayaan industri ini, ia masih berhadapan dengan pelbagai cabaran dan salah satunya adalah amalan tadbir urus yang tidak berkesan. Kajian-kajian lepas telah membincangkan bahawa kepimpinan yang berkesan boleh mengatasi permasalahan tadbir urus namun ia tidak disokong oleh bukti empirikal. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji peranan kepimpinan dalam mempengaruhi tadbir urus pengendali Takaful. Empat faktor telah dikenal pasti berdasarkan literatur sebagai anteseden kepada prinsip-prinsip tadbir urus iaitu; gelagat kepimpinan, kepimpinan Islam, kepimpinan kontingensi, dan trait personaliti. Peranan trait personaliti turut diberi perhatian dalam kajian ini kerana ia didapati berfungsi sebagai perantara berdasarkan literatur. Kajian ini mensasarkan kakitangan sepenuh masa pengendali-pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia sebagai responden. Instrumen soal selidik telah digunakan dan 185 maklum balas telah diterima dan seterusnya dianalisis dengan menggunakan prosedur analisis statistik yang sesuai. Model kajian ini diuji dengan menggunakan kaedah Partial Least Squares-Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Penemuan utama menunjukkan bahawa peranan kepimpinan adalah sangat penting kepada penambahbaikan tadbir urus pengendali Takaful di Malaysia. Pengujian analisi laluan menunjukkan bahawa kepimpinan Islam dan kepimpinan luar jangkaan merupakan peramal penting kepada prinsip-prinsip tadbir urus. Gelagat kepimpinan tidak memberi kesan kepada prinsip-prinsip tadbir urus dalam model kajian ini namun dapatan kajian menunjukkan bahawa gelagat kepimpinan mempunyai hubungan tidak langsung dengan prinsip-prinsip tadbir urus melalui trait personaliti. Oleh itu, kajian ini mengesahkan trait personaliti mempunyai peranan signifikan dalam perhubungan antara kepimpinan dan tadbir urus. Kajian ini menyumbangkan bukti empirikal menunjukkan bahawa kepimpinan memainkan peranan yang signifikan dalam meningkatkan amalan tadbir urus. Pengamal industri boleh mengaplikasikan model kajian ini untuk membentuk program latihan untuk kakitangan pengendali Takaful bagi memantapkan lagi kemahiran mereka dalam membuat keputusan dan seterusnya menangani permasalahan tadbir urus yang dihadapi oleh industri.
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme
Koha item type THESIS (PHD)
Copies
Permanent Location Not for loan Date acquired Collection code Koha item type Shelving location Damaged status Lost status Withdrawn status Current Location Full call number
Pusat Sumber IKMASNot For Loan2018-09-06Non FictionTHESIS (PHD)Reference   Pusat Sumber IKMASIKM/ T0005/ 2017PhD

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL