MARC View

Penglibatan Politik dan Keberadaan Wanita PAS di Selangor dan Kelantan (1982-2015) (Record no. 9497)

100 ## - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Zaireeni binti Azmi
9 (RLIN) 9180
245 ## - TITLE STATEMENT
Title Penglibatan Politik dan Keberadaan Wanita PAS di Selangor dan Kelantan (1982-2015)
264 ## - IMPRINT
Place IKMAS
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
Date 2017
500 ## - GENERAL NOTE
General note Kajian ini bertujuan meneliti penglibatan wanita dalam konteks pendemokrasian dengan menganalisis keberadaan mereka di dalam politik nasional iaitu pilihan raya dan pengurusan parti. Fokus diberikan kepada wanita yang menganggotai Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Proses penglibatan dan keberadaan wanita PAS dinilai dengan melihat hubungkait di antara pengurusan PAS dengan pemenuhan permintaan mereka serta mengkaji akses dan faktor yang mempengaruhi. Pendekatan kaedah kualitatif dalam kajian ini mendokong epistimologi feminisme. Rekabentuk kajian melibatkan temu bual bersama 30 orang pimpinan wanita PAS dan 10 orang pimpinan utama lelaki yang terdiri daripada ahli parlimen, ahli undangan negeri, ahli majlis termasuk pimpinan parti. Di antara kekuatan kajian ini ialah penggunaan teknik temu bual naratif untuk mendapatkan maklumat daripada informan yang menunjukkan impak kukuh pada dapatan kajian. Data primer juga diperolehi melalui pemerhatian dengan terlibatsama dalam aktiviti-aktiviti informan dan parti di samping menghadiri bengkel dan konvensyen yang berkaitan sepanjang tahun 2013-2015. Kajian memperkenalkan konsep keberadaan dalam konteks dalaman dan luaran yang memberi variasi baru kepada maksud asal keberadaan atau visibility yang lazimnya diukur dari segi angka, saiz atau bilangan wanita di peringkat pembuatan keputusan oleh sarjana-sarjana luar dan tempatan. Temuan kajian menunjukkan bahawa keberadaan wanita dalam politik perlu juga dinilai kepada penglibatan yang lebih substantif dan memberi impak kepada masyarakat yang sekaligus melebarluaskan maksud penglibatan dalam desinisi demokrasi. Dapatan kajian turut mengenalpasti keinginan politik wanita yang mencabar definisi keinginan politik atau political ambition sarjana Barat yang lebih tertumpu kepada jawatan sebagai matlamat utama dalam berpolitik. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi keinginan politik informan iaitu faktor budaya, identifikasi parti dan pilihan peribadi yang mewujudkan peluang penglibatan dan keberadaan dalam politik atau peluang tersebut tidak diendahkan dalam konteks lokal. Faktor pilihan peribadi adalah faktor penting yang mencorak jenis dan tahap penglibatan politik wanita yang mana dalam konteks demokrasi, pilihan peribadi (wanita) tidak diserlahkan sebagai keputusan demokratik. Temuan kajian turut mendapati terdapat perbezaan dalam parti yang membahagiakan wanita PAS kepada kelompok reformis dan progresif, traditionalis tetapi progresif, serta pendakwah dan aktivis yang mempengaruhi keberadaan mereka dalam politik. Selain itu, pendekatan peranan wanita di belakang tabir berjaya memastikan kelangsungan PAS sebagai sebuah parti politik yang kuat. Keunikan kajian ini ialah mempribumikan konsep keberadaan dan keinginan politik yang boleh diaplikasikan apabila membincangkan penglibatan wanita dalam pelbagai organisasi politik atau bukan politik di mana-mana negara. Ia membantu memahami mengapa walaupun telah pelbagai usaha dilakukan untuk memposisikan wanita di peringkat pembuatan keputusan tetapi jumlah mereka masih rendah. Penonjolan proses keberadaan atau visibility yang memberi fokus kepada impak dan partisipasi yang substantif, bukannya saiz dan angka merupakan sumbangan utama kajian ini dan mencabar maksud visibility yang sedia ada.
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme
Koha item type THESIS (PHD)
Copies
Permanent Location Not for loan Date acquired Collection code Koha item type Shelving location Damaged status Lost status Withdrawn status Current Location Full call number
Pusat Sumber IKMASNot For Loan2018-09-07Non FictionTHESIS (PHD)Reference   Pusat Sumber IKMASIKM/ T0007/ 2017PhD

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL