MARC View

Masalah Pembiayaan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS): Kajian Kes IKS di Kuching, Sarawak (Record no. 9526)

100 ## - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Ismawati bt Sharkawi
9 (RLIN) 9230
245 ## - TITLE STATEMENT
Title Masalah Pembiayaan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS): Kajian Kes IKS di Kuching, Sarawak
264 ## - IMPRINT
Place Pusat Pengajian Siswazah (PPS)
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
Date 2004
500 ## - GENERAL NOTE
General note Kajian ini bertujuan untuk meneliti masalah pembiayaan yang dihadapi oleh industri kecil dan sederhana (IKS) di Kuching, Sarawak. Sampel kajian terdiri daripada 44 firma IKS dalam tiga jenis industri iaitu industri berasaskan kayu, industri makanan dan minuman serta industri keluaran logam. Kajian juga dilakukan ke atas institusi kewangan yang menawarkan bantuan pembiayaan kepada IKS. Hasil kajian mendapati masalah utama yang paling banyak dilaporkan dalam industri berasaskan kayu dan industri keluaran logam adalah masalah pembiayaan. Masalah ini merupakan masalah kedua terbanyak dilaporkan dalam industri makanan dan minuman. Majoriti firma merasakan bantuan pembiayaan yang sedia ada tidak mencukupi walaupun mereka mengakui bantuan pembiayaan boleh membantu perkembangan firma. Dalam mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan formal pula, firma mendakwa tempoh pemprosesan pinjaman yang lama merupakan masalah utama diikuti oleh keperluan kepada cagaran dan penjamin. Hasil kajian juga mendapati tahap kesedaran firma tentang kewujudan pelbagai agensi yang terlibat dalam pembangunan IKS adalah tinggi bagi agensi peringkat negeri tetapi masih rendah bagi agensi peringkat persekutuan. Dalam hal ini, kesedaran IKS terhadap empat program bantuan utama terpilih iaitu Skim-skim jaminan di bawah Perbadanan Jaminan Kredit (CGC), Tabung-tabung IKS yang dipromosikan Bank Negara Malaysia (BNM), Program Bantuan Kewangan di bawah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) serta Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) kurang disedari oleh kebanyakan firma. Bagi kajian ke atas pegawai institusi, didapati responden memperuntukkan masa yang sedikit untuk melawat premis IKS. Rekod pemohon merupakan kriteria utama yang paling banyak dipertimbangkan dalam meluluskan pinjaman kepada sektor IKS diikuti oleh penyata kewangan. Alasan utama permohonan IKS ditolak adalah rekod pemohon yang kurang baik, perniagaan yang tiada prospek serta ketiadaan rekod perniagaan yang lengkap.
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme
Koha item type THESIS (MASTER)
Copies
Permanent Location Not for loan Date acquired Collection code Koha item type Shelving location Damaged status Lost status Withdrawn status Current Location Full call number
Pusat Sumber IKMASNot For Loan2018-11-02Non FictionTHESIS (MASTER)Reference   Pusat Sumber IKMASIKM/ T0002/ 2004Master

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL