MARC View

Identiti Cina Muslim dalam Kancah Budaya dan Sejarah Malaysia: Persempadanan, Perundingan dan Kacukan (Record no. 9529)

100 ## - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Hew Wai Weng
9 (RLIN) 6954
245 ## - TITLE STATEMENT
Title Identiti Cina Muslim dalam Kancah Budaya dan Sejarah Malaysia: Persempadanan, Perundingan dan Kacukan
264 ## - IMPRINT
Place Pusat Pengajian Siswazah (PPS)
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Date 2005
500 ## - GENERAL NOTE
General note Kepelbagaian budaya di Malaysia sering ditafsirkan dalam kerangka politik kaum yang dominan, di mana identiti budaya sentiasa dianggap terberi, terbatas dan stabil. kedinamikan dan kacukan budaya akibat interaksi budaya yang pelbagai pula jarang diberi tumpuan. Maka kajian kepelbagaian identiti Cina Muslim dalam kancah budaya dan sejarah Malaysia ini cuba membantu dalam pemahaman dan penghargaan kepelbagaian budaya di luar analisis perkauman. Kajian ini juga menganggap komuniti Cina Muslim sebagai cermin yang menarik kepada kerumitan kedudukan etnisiti dan agama, serta kedinamikan interaksi etnik di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap kajian lepas dan dokumen yang berkaitan, di samping menjalankan temu ramah dan pemerhatian turut serta dengan komuniti kajian. Teori pembentukan sosial digunakan untuk melihat perubahan identiti Cina Muslim dengan dicadangkan bahawa pembentukan identiti tersebut merupakan hasil pergolakan sejarah dan budaya politik Malaysia. Bergolak di antara pendefinisian autoriti dan pendefinisian harian, persempadanan, perundingan dan pertandingan identiti Cina Muslim diteliti melalui beberapa aspek seperti penglibatan politik dan persatuan, penamaan, banci, label etnik dan representasi budaya seperti pakaian, makanan, bahasa dan perayaan. Walaupun politik perkauman dan pembirokrasian Islam menyempadani dan mengekang identiti Cina Muslim, namun organisasi dan individu masih mampu merunding identiti mereka secara kreatif. Di Malaysia, orang Melayu didefinisikan sebagai Muslim menurut Perlembagaan Persekutuan, manakala kebanyakan orang Cina bukan Muslim. Maka itu, Cina Muslim sering dianggap sebagai kumpulan minoriti di antara dua komuniti majoriti di Malaysia, iaitu minoriti Cina di antara komuniti Melayu Muslim dan minoriti Muslim di antara komuniti Cina bukan Muslim. Namun bergerak daripada tanggapan citra "masuk Islam itu masuk Melayu", pols interaksi budaya dan proses perubahan identiti di kalangan Cina Muslim adalah jauh lebih kompleks dan dinamik, di mana pemilihan identiti mereka adalah berbeza mengikut keadaan dan pengalaman sosial. Kini, terdapat sesetengah Cina Muslim yang berusaha untuk menonjolkan identiti kacukan unik Cina Muslim melalui usaha penggabungan unsur Cina dengan Islam seperti persatuan Cina Muslim Malaysia, masjid berseni bina Cina dan restoran halal cina. Walaupun usaha ini dapat mencabar keberkaitan Islam-Melayu menurut takrifan perlembagaan, ia mungkin juga mewujudkan suatu pembekuan identiti yang masih terperangkap dalam politik perkauman. Namun, pertembungan budaya yang tidak terhenti dan bersifat dua hala terus berlaku dalam Komuniti Cina Muslim melalui pergaulan harian khususnya perkahwinan campur dengan Melayu, India Muslim dan lain-lain Muslim. Selain itu, identiti Cina Muslim juga adalah bersifat fleksibel, di mana mereka dapat menyesuaikan identiti mereka yang berganda bergantung kepada keadaan semasa dan pelakunya. Maka kajian ini mencadangkan Cina Muslim merupakan satu komuniti yang cair, fleksibel dan terbuka, dan bukan satu pengkategorian kumpulan yang beku, ketat dan tertutup. Banyak identiti yang berbeza, dan bukannya satu identiti tunggal yang wujud dalam komuniti itu.
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme
Koha item type THESIS (MASTER)
Copies
Permanent Location Not for loan Date acquired Collection code Koha item type Shelving location Damaged status Lost status Withdrawn status Current Location Full call number
Pusat Sumber IKMASNot For Loan2018-11-15Non FictionTHESIS (MASTER)Reference   Pusat Sumber IKMASIKM/ T0003/ 2005Master

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL