MARC View

Interaksi dan Adaptasi Budaya Golongan Ekspatriat Jepun di Malaysia (Record no. 9554)

100 ## - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Md. Rosli bin Haji Ismail
9 (RLIN) 9179
245 ## - TITLE STATEMENT
Title Interaksi dan Adaptasi Budaya Golongan Ekspatriat Jepun di Malaysia
264 ## - IMPRINT
Place Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Date 2007
500 ## - GENERAL NOTE
General note Kajian ini mengenai golongan ekspatriat Jepun di Malaysia berdasarkan perspektif sosio budaya denagn tumpuan kepada nilai-nilai dan persoalan budaya. Ia menjawab tiga persoalan. Pertama, apakah gaya hidup pegawai-pegawai Jepun sebagai golongan ekspatriat? Kedua, apakah corak interaksi dan adaptasi budaya di kalangan mereka serta kemampuan mereka berkomunikasi dengan masyarakat tempatan terutamanya eksekutif tempatan yang merupakan rakan sekerja? Ketiga, apakah faktor-faktor yang mendorong kepada (atau menghalang daripada) interaksi dan komunikasi di kalangan golongan ekspatriat tersebut? Kajian ini bertolak daripada kerangka analisis iaitu budaya masyarakat Jepun mempengaruhi budaya syarikat dan seterusnya budaya individu yang berkhidmat di dalam syarikat. Kerangka analisis kajian ini bersandarkan kepada perspektif struktur-fungsional yang dikembangkan oleh Durkheim dan Parsons berhubung dengan orde sosial (tata aturan sosial) dan konformiti anggota masyarakat terhadap orde sosial tersebut. Tinauan tentang persoalan nilai-nilai budaya dan sikap orang Jepun termasuklah kurang pendedahan kepada kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza, struktur masyarakat yang berhirarki, pengamalan konsep otaku dan uchi, konsep honne dan tatemae, serta keyakinan yang menebal apabila berada dalam lingkungan kumpulan sendiri. Dalam kajian ini, unsur budaya meliputi persoalan nilai, norma, sikap, pemikiran, tingkah laku serta gaya hidup individu dan kelompok. Kerja lapangan dilakukan dari Mac 2003 sehingga Mei 2004. Kaedah purposif digunakan dalam memilih informan kajian seramai dua puluh empat orang ekspatriat Jepun yang diinterviu secara mendalam serta pemerhatian penyelidikan. Kajian ini mendapati golongan ekspatriat Jepun di Malaysia yang dikaji boleh dikategorikan kepada empat golongan iaitu pertama, "provinsial (insular)" (tidak tahu bahasa Inggeris, buat hal sendiri); kedua, "individualistik" (tahu bahasa Inggeris, tapi tidak mahu bercampur); ketiga, "separa kosmopolitan" (tahu bahasa Inggeris dalam batas tertentu dan ingin bercampur); dan keempat, "kosmopolitan" (tahu bahasa Inggeris dan suka berinteraksi). Hasil daripada penyelidikan ini, didapati jumlah informan yang bersifat "provinsial (insular)" dan "individualistik" seramai lapan belas orang, berbanding jumlah mereka yang bersifat "separa kosmopolitan" dan "kosmopolitan" yang hanya enam orang. Ini menunjukkan bahawa budaya Jepun banyak mendominasi sifat, sikap dan tingkah laku sebahagian besar golongan ekspatriat Jepun di Malaysia dan ini menimbulkan jurang antara mereka dengan rakyat tempatan. Kepentingan kajian ini dapat dilihat dari dua segi. Pertama, ianya sebagai sumbangan kepada khazanah ilmu tentang gaya hidup pegawai dagang di negara asing khususnya di Malaysia. Kedua, ianya bermanafaat untuk meninjau semula dasar kerajaan dalam mempromosi pelaburan asing, khususnya pelabur dari Jepun yang kurang berinteraksi dan sukar mengadaptasi dengan budaya tempatan.
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme
Koha item type THESIS (MASTER)
Copies
Price effective from Permanent Location Date last seen Not for loan Date acquired Koha item type Collection code Shelving location Damaged status Lost status Withdrawn status Current Location Use restrictions Full call number
2019-02-13Pusat Sumber IKMAS2019-02-13Not For Loan2019-02-13THESIS (MASTER)Non FictionReference   Pusat Sumber IKMASRestricted AccessIKMAS/ DS/ T0002/ 2007/ Ma

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL