MARC View

Balai Cerap Astrofiqh di Malaysia: Perkembangan dan Peranannya sebagai Pusat Fiqh Falak Bersepadu (Record no. 9627)

100 ## - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Mohd Hafiz Safiai
9 (RLIN) 9296
245 ## - TITLE STATEMENT
Title Balai Cerap Astrofiqh di Malaysia: Perkembangan dan Peranannya sebagai Pusat Fiqh Falak Bersepadu
264 ## - IMPRINT
Place Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Date 2013
500 ## - GENERAL NOTE
General note Balai cerap falak ialah sebuah institusi di Malaysia yang pada asalnya hanya berperanan sebagai tempat cerapan hilal semata-mata kemudiannya ia telah berkembang menjadi sebuah pusat penyelidikan dan pendidikan ilmu falak. Balai cerap kini dilihat berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan astronomi. Perkembangan menarik ini perlu diberikan sokongan dengan menjelaskan peranan balai cerap sebenar dalam konteks Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti dan mengamati sejarah perkembangan balai cerap dalam tamadun Islam dan di Malaysia. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menganalisis peranan balai cerap astrofiqh di Malaysia sebagai pusat fiqh falak bersepadu. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan memfokuskan kepada kajian analisis dokumen melalui teks-teks dan bahan-bahan yang ditemui. Selain itu, penulis turut menjalankan kajian lapangan seperti pemerhatian dan temu bual. Batasan subjek kajian adalah balai cerap di Malaysia yang memfokuskan kepada balai cerap jabatan mufti negeri sahaja yang dikategorikan oleh kajian ini sebagai balai cerap astrofiqh. Hasil kajian ini mendapati bahawa peranan dan sumbangan balai cerap astrofiqh di Malaysia semakin berkembang melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam aspek penyelidikan, pendidikan dan pelancongan berasaskan astrofiqh. Peranan dan sumbangan ini dapat dilihat terutama melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh balai cerap jabatan mufti negeri. Dengan demikian, sumbangan kajian ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat Islam mengenai kepentingan balai cerap astrofiqh dan peranannya, di samping dapat dijadikan sebagai rujukan bagi kajian-kajian akan datang dalam meningkatkan kemajuan fiqh-falak di Malaysia.
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme
Koha item type THESIS (MASTER)
Copies
Permanent Location Not for loan Date acquired Collection code Koha item type Damaged status Lost status Withdrawn status Current Location Full call number Use restrictions
Pusat Sumber IKMASNot For Loan2019-05-10Non FictionTHESIS (MASTER)   Pusat Sumber IKMASIKMAS/ QB/ T0001/ 2013MaRestricted Access

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL