Pembangunan dan Permasalahan Tanah di Kabupaten Bulukumba Sulawesi Selatan Indonesia

by Asnarti Said Culla
Normal View MARC View ISBD View
Tags from this library:
No tags from this library for this title.
Log in to add tags.

Tesis ini dalam bidang sosiologi pembangunan yang digabungkan dengan pendekatan hukum iaitu kajian perundangan tanah. Tumpuannya ialah pada pembangunan dan ppengambilan tanah di Bulukumba, Sulawesi Selatan, Indonesia pada masa Orde Baru hingga zaman Reformasi. Tesis ini mempunyai empat objektif. Pertama, mengupas konflik mengenai tanah dan pembangunan yang berlaku di Kabupaten Bulukumba, antara pemerintah, masyarakat dan syarikat swasta; kedua, menganalisis peraturan perundang-undangan tentang dasar hak guna usaha dan peraturan pengambilan tanah bagi pembangunan untuk kepentingan umum di Indonesia; ketiga, mengenal pasti pola keikutsertaan masyarakat dalam soal pengambilan tanah dan proses pembangunan di Bulukumba, khususnya di kawasan kajian, daripada perspektif pembangunan ikut serta Arnstein; dan keempat, mengemukakan cadangan bagi penyelesaian konflik yang berlaku di Kabupaten Bulukumba Sulawesi Selatan. Kajian ini dilakukan di empat kawasan di Bulukumba iaitu kecamatan Kajang, Bulukumpa, Bonto Bahari dan Kindang. Kajian ini, melaksanakan survei ke atas 85 orang responden, interviu mendalam dengan 17 informan utama dan analisis ke atas pelbagai dokumen seperti undang-undang dan peraturan mengenai tanah serta data berkaitan dengan penambilan tanah. Kajian ini berpandukan teori pembangunan ikut serta dan analisis perundangan tanah dalam menjawab objektif kajian. Penemuan-penemuan utama kajian ini ialah: (1) Permasalahan tanah di Bulukumba yang berakhir konflik antara syarikat swasta dengan masyarakat berlaku di kawasan Kajang dan Bulukumpa dan konflik antara pemerintah dengan masyarakat berlaku di kawasan Bonto Bahari dan Kindang, kerana masyarakat tidak mendapat pampasan bagi tanah yang diambil; (2) Permasalahan tanah masih berterusan kerana terdapat perbezaan tafsiran undang-udang tanah oleh pemerintah dan tafsiran undang-undang tanah menurut budaya, sehingga hubungan tegang masih wujud dan berterusan antara anggota masyarakat dengan pemerintah serta antara masyarakat dengan pihak syarikat. (3) Proses ikut serta dalam pembangunan masih pada tahap paling rendah iaitu pola ikut serta manipulatif; juga terdapat perbezaan kefahaman antara pemerintah dengan masyarakat mengenai konsep mesyuarat dan partisipasi. Tesis ini mencadangkan bahawa perlu dilaksanakan undang-undang yang mengenakan sanksi (hukuman) ke atas mana-mana pihak yang melaksanakan pembangunan tanpa keterlibatan anggota masyarakat yang tanahnya diambil. Juga perlu dibentuk satu forum komuniti sebagai pentas di mana pendapat masyarakat dapat disampaikan kepada pihak pemerintah dan swasta apabila berlaku pengambilan tanah. Tesis ini satu sumbangan penting kepada korpus ilmu dari segi empirikal dan juga pendekatan yang menggabungkan sosiologi pembangunan dengan pendekatan undang-undang disamping menyumbang kepada dasar pemerintah mengenai permasalahan tanah.

There are no comments for this item.

Log in to your account to post a comment.

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL