| Item type | Location | Collection | Call Number | Status | Date Due |
|---|---|---|---|---|---|
| Pusat Sumber IKMAS Reference | Non Fiction | IKM/ T0009/ 2015PhD (Browse Shelf) | Not For Loan |
Program Literasi Fungsian/ PLF (di Indonesia disebut keaksaraan Fungsional/ KF) adalah program bagi mengembangkan keusahawanan warga belajar dalam menguasai dan menggunakan keterampilan menulis, membaca, mengira, berfikir, mengamati, mendengar dan berbicara, yang bermatlamat memperkasakan maysrakat miskin yang buta huruf. Program PLF di Sulawesi Selatan telah berlangsung selama lebih satu dekad, namun bilangan buta huruf masih tinggu pada paras 9.84%. Kajian ini bertujuan menyelidiki keberkesanan dasar dan program pemerkasaan masyarakat buta huruf di Sulawesi Selatan pada beberapa kumpulan ahli program. Kajian ini bertumpu pada lima Daerah dan membabitkan 300 orang responden yang mengikuti program dalam tempoh 2011-2012. Pengumpulan data kajian dilakukan dengan dua cara iaitu kajian kepustakaan untuk data sekunder dan kajian lapangan bagi data primer dengan melaksanakan survei, temu bual dan diskusi kelompok berfokus (FGD). Kajian ini berpandukan teori keberkesanan dan teori literasi, serta konsep pemerkasaan dan ukuran keberkesanan. Penyelidikan lapangan mendapati bahawa daripada 300 orang responden, 98% perempuan dan 2% lelaki; 59% tidak pernah sekolah manakala 41% adalah mereka orang tercicir dari sekolah. Kebanyakan responden (56.3%) berusia 44 tahun ke bawah yakni usia muda dan produktif, 32.3% berusia 45-59 tahun dan 11.3% pula berusia 60 tahun ke atas. Program ini berkesan meningkatkan Literasi Latin dengan 68% pada paras 'baik' dan berjaya kemahiran membaca, menulis dan mengira, 5.3% 'sederhana' namun 26.7% 'tidak berjaya'. Dari segi menguasai keterampilan, didapati seramai 84.3% telah mahir menguasai sesebuah keterampilan, 8.3% belum mahir dan 7.3% tidak suka pada jenis keterampilan yang diajarkan. Namun dari segi keberkesanan bagi meningkatkan pendapatan dan impaknya kepada kesejahteraan hidup responden, didapati 21% sahaja menyatakan ada penambahan pendapatan, manakal 79% lainnya menyatakan tiada penambahan pendapatan dan kesejahteraan. Ertinya, program ini berjaya dari segi meningkatkan literasi tetapi tidak berjaya meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup peserta. Walau bagaimanapun semua responden menyatakan mereka memperoleh manfaat daripada program PLF dan seramai 98% menyatakan perlu ada program lanjutan. Kajian ini boleh memberi sumbangan kepada ilmu pembangunan sumber manusia dan menjadi sumber rujukan ke atas usaha pemerkasaan masyarakat terpinggir khasnya masyarakat buta huruf di Sulawesi Selatan dan juga di lain tempat.
This site is powered by KOHA software.Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL
There are no comments for this item.