Pengadilan Tanpa Perbicaraan Mahkamah: Suatu Analisis dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran Kewangan Islam di Malaysia

by Nur Khalidah binti Dahlan
Normal View MARC View ISBD View
Tags from this library:
No tags from this library for this title.
Log in to add tags.

Pembangunan ekonomi yang saksama merupakan elemen yang penting bagi mencapai keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Malaysia telah dikenali sebagai sebuah negara Islam. Dalam sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan masyarakat pelbagai budaya, penerapan konsep keadilan dan kesaksamaan adalah berbeza daripada negara-negara lain, terutama negara-negara yang mempunyai masyarakat yang homogen. Ini termaktub dalam sistem perundangan Malaysia bahawa Islam merupakan agama rasmi negara ini. Malahan, Malaysia turut mengamalkan dua sistem ekonomi yang berbeza iaitu sistem kewangan konvensional dan sistem kewangan Islam dalam bidang perbankan. Kewujudan kedua-dua sistem kewangan ini dipraktikkan secara serentak di mana sistem perbankan yang biasa adalah berdasarkan sistem perbankan konvensional manakala sistem perbankan Islam berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Oleh hal yang demikian, kajian ini akan merujuk kepada kajian yang terdahulu mengenai perkembangan kewangan Islam, kes-kes mahkamah yang berkaitan dengan produk-produk perbankan Islam dan juga kaedah Penyelesaian Pertikaian Alternatif dalam menyelesaikan masalah terutamanya dalam aspek kewangan Islam. Perbincangan dalam kajian ini akan menumpukan ke arah menonjolkan undang-undang dan mekanisme-mekanisme penyelesaian kepada permasalahan berkaitan dengan produk kewangan Islam. Di samping itu, implikasinya juga untuk meningkatkan pemakaian undang-undang yang berkaitan dengan kewangan Islam terhadap pengguna-pengguna tanpa mengira kaum dan agama serta untuk mengekalkan keadilan dan kesaksamaan dalam kalangan masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Kajian ini telah mengaplikasikan kaedah analisis kandungan dokumen dan kaedah pemerhatian. Dengan menggunakan teknik kes pengekodan projek dan 'keycite', kaedah analisis kandungan dokumen ini turut mengkaji dan menganalisis semua dokumen yang berkaitan. Turut dititikberatkan apabila melakukan analisis terhadap kaedah analisis kandungan dokumen dan pemerhatian yang berdasarkan elemen tema dan konsep iaitu seperti kewangan Islam, perniagaan, budaya dan perilaku masyarakat terhadap kewangan Islam serta penyelesaian pertikaian alternatif bagi isu-isu dalam kewangan Islam. Antara penemuan-penemuan utama yang ditonjolkan dalam kajian ini adalam semua kes-kes yang berkaitan dengan kewangan Islam boleh diuruskan dan diselesaikan melalui kaedah sulh tanpa merujuk kepada sesuatu kriteria yang tertentu. Pelaksanaan kaedah sulh menekankan tempoh proses penyelesaian pertikaian yang singkat iaitu dalam tempoh masa 3 bulan. Proses penyelesaian pertikaian yang adil, telu dan mengikut persetujuan bersama antara pihak-pihak yang terlibat. Tiada kos dikenakan oleh mahkamah terhadap permohonan pihak-pihak yang terlibat berhubung dengan apa-apa prosiding sepanjang prosedur kerja sulh ini dilaksanakan. Akhir sekali, kaedah sulh ini merupakan kaedah penyelesaian pertikaian secara islamik, di mana ia boleh diguna pakai oleh pelbagai kaum dan agama tanpa prejudis bagi menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan kewangan islam.

There are no comments for this item.

Log in to your account to post a comment.

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL