Wacana Feminisme Islam dan Gagasan Fiqh Emansipatoris di Indonesia

by Fathonah Kasuwi Daud
Normal View MARC View ISBD View
Tags from this library:
No tags from this library for this title.
Log in to add tags.

Gerakan wanita di Indonesia, khususnya gerakan wanita Muslim, mempunyai sejarah panjang semenjak tahun 1890an. Bermula pada lewat 1980an, gerakan wanita islam ini menampilkan satu perkembangan yang sama sekali baru. Tesis ini membincangkan gerakan wanita yang disebut sebagai "feminisme Islam", iaitu satu gerakan yang secara tegas berani melakukan kritikan atas pemikiran tradisional Islam tentang hak-hak wanita dan relasi gender. Kajian ini mengulaskan kemunculan pemikiran feminisme Islam di Indonesia daripada sudut sejarah dan dari pendekatan sosiologi, khususnya membicarakan kemunculan sebuah gagasan fiqh baru yang dikenal "fiqh emansipatoris". Tujuan kajian iniadalah menyusur galur, memahami asas-asas sosial dan intelektual kebangkitan gagasan tersebut dan meneliti setakat mana fiqh tersebut berbeza dari "fiqh tradisional atau fiqh klasik" yang telah disusun sejak abad ke -2 H. (ke-8 M). Kajian ini berdasarkan penyelidikan dan analisis data dan maklumat yang terkumpul daripada (a) kajian perpustakaan; (b) interviu dengan para ulama, intelektual, aktivis dan tokoh-tokoh feminis Muslim serta NGO Islam; dan (c) kajian survei seramai 141 responden, yang terdiri daripada para pelajar universiti dan golongan intelligentsia Muslim, untuk memperolehi pandangan, persepsi dan pengetahuan mereka mengenai isu-isu wanita dan pemikiran feminis Muslim di Indonesia kini. Kajian menunjukkan bahawa kebangkitan gerakan "feminisme Islam" ini adalah kesan daripada perkembangan arus pemikiran yang kritis lagi bebas dan keperihatinan terhadap pelbagai cabaran modenisasi. Ia juga berkembang dalam keadaan semasa yang terbuka selepas kejatuhan presiden Suharto pada tahun 1998. Berbeza dengan pengalaman di Malaysia, gerakan ini dipelopori oleh pelbagai kalangan, bukan sahaja daripada aktivis wanita, malah turut juga daripada kaum lelaki. Misalnya terdiri daripada para kyai-bunyai, ustaz-ustazah, golongan ulama, santri, intelektual, aktivis, dan tokoh-tokoh NGO yang memperjuangkan hak wanita. Kajian ini mendapati bahawa tujuan utama feminisme Islam ialah untuk membangunkan "Fiqh Emansipatoris" -- suatu fiqh baru yang dihasilkan daripada dialog, perdebatan, wacana dan kajian semula yang intensif mengenai prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan gender yang terisrat dalam teks-teks keagamaan, misalnya Al-Qur'an, hadith dan tradisi ilmiah di kalangan ulama-ulama Zaman Klasik Islam. Penemuan kajian juga menunjukkan bahawa kemunculan fiqh emansipatoris dan feminisme Islam di Indonesia adalah akibat daripada beberapa faktor: (a) hasil daripada kebangkitan aliran Islam modenis dan usaha pembaharuan pengajian dan pemikiran Islam sejak tahuh 1970an, (b) pembaharuan dan reformasi pengisisan pendidikan dan pengajian Islam di universiti, di institusi pengajian tingii dan di pesantren, dan (c) amalan agama dan budaya masyarakat Indonesia yang pada asasnya non-patriakal mendorong para intelektualnya mempersoalkan secara kritis kemasukan unsur-unsur patriakaldari budaya Islam Timur Tengah pada Zaman Klasik Peradaban Islam ke dalam teks agama atau 'Kitab Kuning' di Indonesia. Gagasan fiqh emansipatoris yang dibawa oleh feminisme Islam masih dipertikaikan di kalangan intelligensia dan pelajar sungguh pun wacana feminis semakin berkembang di dalam budaya intelektual di universiti dan pengajian tinggi, di kalangan NGO dan pergerakan wanita Indonesia.

There are no comments for this item.

Log in to your account to post a comment.

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL