No physical items for this record
![]() |
![]() |
||||||
| IKMAS/ DS/ T0003/ 2009/ MaHubungan Amerika Syarikat dengan Lima Negara ASEAN: Implikasi Peristiwa 11 September | IKMAS/ DS/ T0004/ 2013/ MaNasiriyyah City at the End of Ottoman Reign 1869-1914M: A Historical Study | IKMAS/ HF/ T0001/ 2011/ MaBudaya Organisasi dan Kepuasan Kerja di Syarikat Swasta: Kajian Kes di Westports (M) Sdn Bhd | IKMAS/ HM/ T0001/ 2010/ MaKepelbagaian Budaya dan Identiti: Satu Kajian ke Atas Pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Kota Kinabalu, Sabah | IKMAS/ HQ/ T0002/ 2007/ MaWacana Feminisme Islam dan Gagasan Fiqh Emansipatoris di Indonesia | IKMAS/ JQ/ T0001/ 2013/ MaThe Use of Force and International Responsibility in International Law and Malaysian Law: A Comparative Applied Study |
Kajian ini memanfaatkan perspektif sosiologi, sejarah dan kajian budaya untuk meneliti persoalan kepelbagaian budaya, etnisiti dan pembentukan identiti di kalangan pelajar sekolah menegah dalam konteks negeri Sabah. Kepelbagaian budaya dan fenomena budaya hibrid di Sabah mencerminkan kewujudan satu masyarakat plural baru di mana pelbagai kaum bukan sahaja hidup bersama tetapi mempunyai interaksi yang merentasi sempadan etnik, budaya dan agama masing-masing. Realiti sosial ini bertentangan dengan tanggapan yang stereotaip bahawa kelompok etnik dan budaya mempunyai sempadan yang ketat dan nyata serta tidak boleh saling merentasi. Objektif kajian ini ialah meneliti corak enrolmen sekolah serta kepelbagaian budaya dan pembentukan identiti di kalangan pelajar pelbagai kaum di sekolah di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual secara mendalam dan pemerhatian ke atas 60 pelajar di dua buah sekolah jenis kebangsaan, iaitu satu sekolah rendah dan satu sekolah menengah di Kota Kinabalu, negeri Sabah. Di samping itu, seramai 43 guru sekolah dan ibu bapa pelajar yang dikaji juga ditemu bual sebagai informan utama kajian ini. Teori pembentukan realiti sosial digunakan sebagai pembimbing untuk menganalisis pembentukan identiti dan budaya hibrid. Tesis ini mengambil pendirian bahawa pembentukan identiti bukan sahaja satu proses yang dibina secara dalaman oleh individu dan kumpulan tetapi ia juga amat dipengaruhi oleh faktor luaran seperti konteks sejarah, politik, ekonomi dan sosiobudaya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sekolah jenis kebangsaan di Sabah lebih terbuka dan rencam dari segi enrolmen, budaya dan identiti. Pemilihan aliran sekolah di kalangan pelbagai kaum dipengaruhi oleh dua pendekatan utama iaitu instrumentalis dan simbolis, namun faktor intrumentalis lebih diutamakan. Kajian ini menunjukkan bahawa budaya adalah sesuatu yang bersifat dinamik dan tidak terikat kepada sempadan yang ketat; seperti dengan aspek bahasa, ia boleh dikongsi bersama oleh semua manusia. Pelajar-pelajar dalam kajian ini mengamalkan budaya dan gaya hidup yang rencam serta hibrid dalam kehidupan seharian. Pendekatan "duarealiti sosial", iaitu pendefinisian autoriti dan pendefinisian harian, membantu dalam memhami kajian ini. Ia membolehkan kita memahami kedinamikan dan kekompleksan identiti pelajar, baik dalam kehidupan harian pelajar mahupun dalam konteks pelajar di bawah pengaruh kuasa luaran seperti ibu bapa, pihak sekolah dan kerajaan negeri Sabah. Kajian tentang kepelbagaian budaya dan identiti di kalangan pelajar sekolah yang dilakukan ini adalah satu sumbangan kepada pembaharuan pemahaman terhadap kepelbagaian budaya dan kedinamikan interaksi sosial yang wujud dalam masyarakat Malaysia. Kajian ini juga menyumbang bahan penyelidikan dan penemuan baru kepada korpus ilmu tentang etnisiti dan kepelbagaian budaya.
This site is powered by KOHA software.Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL
There are no comments for this item.