No physical items for this record
![]() |
![]() |
||||
| IKMAS/ DS/ T0002/ 2007/ MaInteraksi dan Adaptasi Budaya Golongan Ekspatriat Jepun di Malaysia | IKMAS/ DS/ T0003/ 2009/ MaHubungan Amerika Syarikat dengan Lima Negara ASEAN: Implikasi Peristiwa 11 September | IKMAS/ DS/ T0004/ 2013/ MaNasiriyyah City at the End of Ottoman Reign 1869-1914M: A Historical Study | IKMAS/ HF/ T0001/ 2011/ MaBudaya Organisasi dan Kepuasan Kerja di Syarikat Swasta: Kajian Kes di Westports (M) Sdn Bhd |
Peristiwa serangan kumpulan pengganas antarabangsa terhadap Amerika Syarikat pada 11 September 2001 telah memberi implikasi yang begitu besar terhadap AS. Serangan ini telah menyebabkan AS melaksanakan dasar memerangi keganasan antarabangsa yang dikaitkan dengan pergerakan militan Islam antarabangsa sebagai agenda utama dasar luarnya semenjak pasca 11 September telah memberi tumpuan terhadap negara-negara di rantau Asia Barat dan Asia Tenggara yang mempunyai majoriti masuarakat Islam. Dalam kajian ini persoalannya kenapakah AS melihat rantau Asia Tenggara penting selepas peristiwa 11 September 2001 apabila ia mengisytiharkan kempennya memerangi keganasan antarabangsa. Penyelidikan ini menghujahkan bahawa AS melihat rantau Asia Tenggara sebagai sebuah rantau yang penting untuk mendapatkan kerjasama dari negara-negara serantau khasnya pengasas ASEAN dalam kempennya memerangi keganasan antarabangsa, Kajian ini mempunyai tiga objektif penting iaitu pertama menganalisa hubungan AS dengan Rantau Asia Tenggara khasnya hubungan bilateral dengan lima negara-negara di rantau ini yang juga negara pengasas Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Singapura khasnya semasa era Perang Dingin. Kedua, menganalisa secara kritis hubungan bilateral antara AS dengan Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Singapura pasca 11 September. Ketiga, mengkaji aspek keselamatan nasional AS yang terancam akibat implikasi Peristiwa 11 September. Kajian ini turut menunjukkan bahawa paradigma Realis dan versi barunya Neo-Realis masih relevan untuk memberi penjelasan perlakuan negara-negara dalam dunia hubungan antrabangsa kontemporari. Dalam usaha melengkapkan kajian ini penyelidik telah mengumpulkan data primer yang melibatkan sesi temu bual dengan beberapa informan yang telah dipilih. Selain itu data primer juga diperolehi daripada dokumen-dokumen tak diterbitkan dan jurnal-jurnal rasmi kerajaan di mana penyelidik mempunyai akses terhadapnya. Maklumat dari data primer banyak membantu penyelidik untuk memahami dengan lebih tepat mengenai tajuk kajian. Sementara pengumpulan data sekunder melibatkan rujukan dan pembacaan terhadap buku-buku, majalah akademik, jurnal di perpustakaan. Kajian ini mendapati AS telah meletakkan Asia Tenggara sebagai rantau yang penting dalam kempen memerangi keganasan antarabangsa selepas Rantau Asia Barat dan Asia Tengah/ Asia Selatan semenjak peristiwa 11 September. Selain itu, lima negara pengasas ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Singapura telah memulakan hubungan bilateral baru yang lebih mantap dengan AS pasca 11 September. Hubungan baru bilateral ini berasaskan prinsip saling berkepentingan demi mempertahan dan mencapai kepentingan nasional masing-masing. Kajian ini turut mendapati pembaharuan hubungan bilateral antara AS dengan lima negara ASEAN ini telah memberi kesan terhadp suasana keselamatan strategik di rantau Asia Tenggara.
This site is powered by KOHA software.Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL
There are no comments for this item.