Budaya Organisasi dan Kepuasan Kerja di Syarikat Swasta: Kajian Kes di Westports (M) Sdn Bhd

by Zurina binti Mansor
Normal View MARC View ISBD View
Tags from this library:
No tags from this library for this title.
Log in to add tags.

Kajian ini adalah kajian dalam bidang sosioligi organisasi dengan tumpuan kepada budaya organisasi dan kepuasan kerja di kalangan pekerja Westports (M) Sdn Bhd (Westports). Fokus kajian ini adalah tentang persoalan keselarasan antara budaya organisasi yang diperkenalkan oleh pengurusan dengan budaya organisasi yang diinginkan oleh pekerja Westports serta kepuasan kerja pekerja. Kajian ini umumnya berpandukan pendekatan induktif dengan menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah pertama ialah kaedah kuantitatif melalui edaran soal selidik ke atas 108 orang pekerja yang terdiri daripada pekerja bahagian operasi serta pekerja bahagian pentadbiran. Kaedah kedua pula ialah kaedah kualitatif iaitu oemerhatian serta temubual mendalam yang dilakukan ke atas 14 orang informan iaitu lima orang pekerja, lima orang pengurus dan klien daripada empat buah syarikat. Kerangka teori bagi kajian ini adalah aplikasi Teori Sistem dan Teori Strukturasi yang digunakan untuk menerangkan hubungan antara aktor dengan struktur serta melihat bagaimana kedua-duanya bertindak balas antara satu sama lain. Budaya yang cuba diterapkan dalam sesebuah organisasi mempengaruhi tingkah laku pekerja yang boleh memberi kesan kepada kepuasan kerja, prestasi pekerja serta prestasi organisasi. Dapatan kajian menunjukkan daripada perspektif organisasi, Westports dianggap mempunyai satu budaya organisasi yang mantap yang boleh menggerakkan organisasi dan pekerjanya mencapai matlamat yang ditetapkan. Namun daripada perspektif pekerja, perubahan dan penambahbaikan perlu dilakukan ke atas beberapa elemen budaya organisasi kerana terdapat rasa ketidakpuasan hati klien terhadap perkhidmatan yang diberikan serta terdapat juga pekerja yang tidak pasti dan tidak jelas sejauh mana mereka boleh melibatkan diri dalam urusan syarikat khususnya proses pembuatan keputusan, penyuaraan pendapatan dan penyaluran rasa tidak puas hati terhadap pengurusan. Dari segi kepuasan kerja, pekerja-pekerja Westports mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi bagi lima elemen iaitu teknologi yang digunakan, kerja yang dilakukan, disiplin, pemantauan oleh ketua pasukan dan hubungan dengan rakan sekerja. Walaupun wujud rasa tidak puas hati terhadap elemen-elemen seperti jumlah pendapatan dan tekanan kerja, namun secara keseluruhannya syarikat ini mempunyai dasar yang jelas serta tindakan yang dapat meningkatkan produktiviti syarikat dan pada masa yang sama memenuhi hasrat dan keinginan pekerja. Malahan Westports telah memenangi 20 anugerah nasional dan antarabangsa sepanjang 15 tahun beroperasi sejak ditubuhkan pada 1994. Kajian ini memberi sumbangan penemuan empirikal terhadap korpus ilmu sosiologi organisasi serta sumbangan kepada dasar tentang kepentingan menerapkan budaya organisasi yang boleh meningkatkan pencapaian organisasi di samping memenuhi kepuasan kerja dan kebajikan pekerja

There are no comments for this item.

Log in to your account to post a comment.

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL