No physical items for this record
Tesis ini adalah dalam bidang politik budaya dengan tumpuan kepada seni penentangan yang diamalkan oleh aktivis seniman Indonesia pada masa Orde Baru (1966-1998). Slaah seorang seniman yang menonjol dalam melakukan penentangan terhadap rejim tersebut ialah Wiji Thukul. Sala satu bait puisinya"Hanya satu kata: Lawan!" telah menjadi simbol penentangan dan mempersatukan para aktivis yang hendak menjatuhkan Orde Baru.Objektif kajian ini ialah melihat pelbagai kecenderungan seniman dalam melakukan tindak balas terhadap hegemoni pemerintah dan menjelaskan bagaimana kedudukan dan peranan seornag seniman di dalam politikpenentangan, terutamanya penyair dan aktivis Wiji Thukul. Kajian ini secara khusus membicarakan mengapa penentangan Thukul terhadap rejim melaui seni dan aktiviti politiknya dilihat begitu kuat, sehingga ia menjadi korban penghilangan secara paksa oleh negara, dan kemudian menjadi simbol penentangan. Meskipun Thukul berasal dari kelas bawahan, tetapi kajian ini tidak mengabaikan aktivisme yang dilakukan oleh seniman kelas menengah masa Orde Baru. Berbeza dengan kajian-kajian lain mengenai seni penentangan yang lebih banyak membahas karya seni sahaja, kajian ini juga memberi penekanan terhadap aktiviti politik seniman, khususnya penglibatan mereka dalam gerakan politik. Teori hegemoni Gramsci digunakan sebagai kerangka pembimbing untuk menganalisis hubungan kuasa di anatra pemerintah dan masyarakat, di mana seniman dan aktivis prodemokrasi berada di dalamnya. Melalui karya seni dan aktiviti politiknya, Thukul telah melancarkan suatu perjuangan kontra-hegemoni terhadap Orde Baru. Selain itu, konsep budaya bisu dan upaya melakukan penyedaran (conscientization) hasil daripada pemikiran Paulo freire, menjadi asas pergerakan para seniman aktivis. Oleh kerana itu, konsep tersebut juga membantu dalam melihat landasan berfikir seniman yang dikaji dalam tesis ini. Selain daripada menganalisis teks, kajian ini juga diperkaya dengan hasil temu bual mendalam dan pengamatan di lapangan. Tesis ini mendapati bahawa pada saat pergerakan politik mengalami tekanan yang kuat dari Orde Baru, seniman dan karya-karyanya dapat memainkan peranan penting di dalam melakukan kritik dan menentang kekuasaan. Namun bagi Thukul, kesenian yang menentang sahaja tidak boleh menjatuhkan sebuah rejim. Oleh kerana itu, ia melibatkan diri di dalam gerakan politik, sebuah langkah berani yang membezakannya dengan seniman-seniman lain pada masa itu. Setelah Thukul menjadi "orang hilang" mangsa Orde Baru, beliau kemudian menjadi simbol perjuangan melawan rejim itu bukan hanya kerana perananya di dalam gerakan prodemokrasi, tetapi juga kerana kemampuannya menangkap imaginasi masyarakat, terutama para aktivis dan intelektual setelah Reformasi. Tesis ini menunjukkan bahawa skop ilmu politik tidak semestinya menenkankan kepada kajian politik yang konvensional dan prosedural sahaja, tetapi juga boleh dan perlu memasuki bidang politik budaya yang semakin berkembang dalam khazanah ilmu dewasa ini. Tesis ini juga mengemukakan pentingnya peranan individu di dalam perjalanan sejarah suatu bangsa. Dari segi dasar, hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai pengingat kepada persoalan orang hilang yang sampai saat ini masih menjadi salah satu isu hakl asasi utama di Indonesia
This site is powered by KOHA software.Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL
There are no comments for this item.