Pembangunan Usahawan Tempatan Pulau Batam Indonesia: Tindak Balas Usahawan Tempatan terhadap Dasar Pemerintah Pusat (1997-2002)

by Muchid
Normal View MARC View ISBD View
Tags from this library:
No tags from this library for this title.
Log in to add tags.

No physical items for this record


Kajian ini bertujuan menganalisis tindak balas para usahawan Batam terhadap pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (Pajak Pertambahan Nilai---PPN) dan Cukai Jualan Barangan Mewah (Pajak Penjualan Atas Barang Mewah---PPnBM) yang telah dilaksanakan oleh pemerintah Indonesia sejak April 2000 serta tindak balas mereka terhadap dasar yang berhubung status Pulau Batam. Kajian ini menganalisis tindak balas usahawan terhadap dasar-dasar pemerintah Indonesia di zon dalam kawasan industri Kawasan Berikat Pulau Batam pada tempoh 1997-2002 iaitu sejak meletusnya gerakan reformasi dengan tumpuan pada tempoh selepas krisis 1997. Masalah yang dikaji ialah pertama faktor-faktor yang menyebabkan usahawan tempatan menolak pelaksanaan dasar PPN dan PPnBM. Kedua, kesan penolakan pelaksanaan dasar PPN dan PPnBM tersebut dengan mengenalpasti kesan positif dan negatif daripada penolakan itu. Ketiga, tindak balas usahawan tempatan terhadap status Pulau Batam dalam kerangka hubungan pemerintah pusat dengan pemerintah tempatan. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan dokumen serta kerja lapangan dengan menggunakan teknik pemerhatian dan temubual mendalam. Dari segi kerangka analisis, kajian ini menggunakan pendekatan ekonomi politik baru dalam mengungkap hubungan antara pemulihan ekonomi dan reformasi politik serta hubungan kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan. Seramai lima belas orang usahawan tempatan yang dipilih daripada senarai ahli Dewan Perniagaan (Kadin) Tempatan Pulau Batam telah diwawancarai secara mendalam. Hasil kajian mendapati bahawa faktor utama yang menyebabkan usahawan menolak pelaksanaan dasar PPN dan PPnBM berkaitan erat dengan gejolak ekonomi politik di kalangan masyarakat berikutan krisis 1997, ketidakjelasan status Pulau Batam, perbezaan bahkan pertentangan persepsi antara pemerintah pusat dan usahawan tempatan berhubung penerbitan dasar PPN dan PPnBM, serta ketiadaan kajian komprehensif berhubungan dengan dasar PPN dan PPnBM. Penolakan pelaksanaan dasar PPN dan PPnBM mempunyai kesan positif bagi kepentingan usahawan tempatan dan pelabur asing. Tetapi, kesan negatifnya ialah merugikan kepentingan ekonomi nasional kerana tiada kutipan cukai dan terbukanya peluang terjadinya aktiviti penyeludupan. Sikap tidak tegas, tidak konsisten dan ketidakjelasan pemerintah dalam menetapkan status Pulau Batam mempunyai kesan negatif bagi perkembangan keusahawanan dan pelabur asing di sana. Dari segi ilmiah, dengan menggunakan perspektif ekonomi politik baru, penyelidikan ini dapat memperjelas pendekatan untuk menghuraikan hubungan pusat dengan tempatan dan mengaitkannya dengan kepentingan ekonomi politik antara pemerintah pusat dengan golongan usahawan. Pendekatan ekonomi politik baru membantu menjelaskan kenapa dan bagaimana usahawan menanggapi pelbagai dasar ekonomi pemerintah pusat di zon kawasan industri Kawasan Berikat Pulau Batam berdasarkan kepentingan keusahawanan mereka.

There are no comments for this item.

Log in to your account to post a comment.

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL