1. Orde Baru dan Reformasi: Kajian Kes Otorita Batam, Indonesia (1998-2004) by Muchid Publication: , Selama 32 tahun rejim Orde Baru berkuasa dan sistem politik autoritarian bertahan (196-1997) di Indonesia, pelbagai institusi diresapi dan terkongkong oleh ciri-ciri autoritarianisme atau sentralisasi yang terpusat pada seorang presiden. Sejak 1998, walaupun rejim autoriter Orde Baru secara rasmi tamat, digantikan sistem demokrasi dan desentralisasi, autoritarianisme masih dikekalkan yang dalam praktisnya oleh lembaga Otorita Batam. Ini menunjukkan bahawa walaupun desentralisasi berlaku namun sentralisasi masih lagi bertahan dan bahkan semakin kukuh. Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini memfokuskan pada empat objektif iaitu, pertama menganalisis pengaruh Reformasi dan Desentralisasi serta Otonomi Daerah terhadap kewujudan Otorita Batam yang dikuasai oleh Pemerintah Pusat dari segi desentralisasi dan sentralisasi. Kedua, mengkaji faktor-faktor yang menyumbang terhadap peningkatan kuasa pusat melalui Otoria Batam selepas pelaksanaan Desentralisasi. Ketiga, menganalisis dan mengenalpasti aktor dan faktor yang menyokong dan ikut mempertahankan dasar kewujudan dan peningkatan kuasa Otorita Batam walaupun berlaku Desentralisasi dan Reformasi Perlembagaan. Keempat, mengemukakan satu kerangka analisis yang sesuai bagi pemahaman terhadap fenomena peningkatan kuasa pusat dalam era desentralisasi. Kajian ini menggunakan dua teori iaitu teori ekonomi politik dan teori politik hukum untuk dijadikan kerangka pembimbing. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana kaedah pengumpulan data dilakukan melalui temubual mendalam dengan informan-informan utama serta kaedah dokumentasi. Hasil kajian mendapati bahawa, pertama pada era Reformasi status Otorita Batam semakin diperkuat walaupun Pemerintah Kota wujud dan terdapat usaha pengukuhannya. Pemerintah Kota merupakan hasil pelaksanaan Desentralisasi, sementara kelangsungan dan peneguhan Otorita Batam adalah sebahagian dari sentralisasi kuasa pusat. Kedua, walaupun berlangsung Reformasi dan undang-undang yang diluluskan parlimen tentang Desentralisasi terus dikuatkuasakan, pada masa bersamaan Keputusan Presiden tetap sahaja diterbitkan. Kontradiksi ini menunjukkan bahawa kwujudan Otorita Batam semakin kukuh dan sekaligus bukti ada pihak-pihak yang menentang desentralisasi dan ingin mengekalkan sentralisasi. Ketiga, terdapat aktor-aktor dalam bentuk kelompok strategik yang bertahan di Pusat dan di Pulau Batam yang mahu mengekalkan Otorita Batam dalam acuan lama autoriter. Walaupun wujud Mahkamah Perlembagaan (MK) dan status Otorita Batam boleh dirujuk untuk membuat Semakan Kehakiman, upaya ini tetap tidak dilaksanakan. Tesis ini merumuskan bahwa Reformasi dan proses pendemokrasian yang berlangsung di Indonesia melalui jalan yang berliku-liku juga belum tuntas. Dengan mengekalkan Otorita Batam dalam bentuk sediakala, ia membuktikan bahawa Reformasi Perlembagaan dan Hukum tidak berkuatkuasa sepenuhnya di Indonesia khususnya di Pulau Batam. Dari segi ilmu, kajian empirikal dan literatur dalam tesis menunjukkan perlunya satu kerangka teori yang menggabungkan teori ekonomi politik dengan teori politik hukum sebagai kerangka yang sesuai bagi memahami fenomena unik sebegini. Availability: Copies available: (), Actions: Add to Cart
2. Pembangunan Usahawan Tempatan Pulau Batam Indonesia: Tindak Balas Usahawan Tempatan terhadap Dasar Pemerintah Pusat (1997-2002) by Muchid Publication: , Kajian ini bertujuan menganalisis tindak balas para usahawan Batam terhadap pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (Pajak Pertambahan Nilai---PPN) dan Cukai Jualan Barangan Mewah (Pajak Penjualan Atas Barang Mewah---PPnBM) yang telah dilaksanakan oleh pemerintah Indonesia sejak April 2000 serta tindak balas mereka terhadap dasar yang berhubung status Pulau Batam. Kajian ini menganalisis tindak balas usahawan terhadap dasar-dasar pemerintah Indonesia di zon dalam kawasan industri Kawasan Berikat Pulau Batam pada tempoh 1997-2002 iaitu sejak meletusnya gerakan reformasi dengan tumpuan pada tempoh selepas krisis 1997. Masalah yang dikaji ialah pertama faktor-faktor yang menyebabkan usahawan tempatan menolak pelaksanaan dasar PPN dan PPnBM. Kedua, kesan penolakan pelaksanaan dasar PPN dan PPnBM tersebut dengan mengenalpasti kesan positif dan negatif daripada penolakan itu. Ketiga, tindak balas usahawan tempatan terhadap status Pulau Batam dalam kerangka hubungan pemerintah pusat dengan pemerintah tempatan. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan dokumen serta kerja lapangan dengan menggunakan teknik pemerhatian dan temubual mendalam. Dari segi kerangka analisis, kajian ini menggunakan pendekatan ekonomi politik baru dalam mengungkap hubungan antara pemulihan ekonomi dan reformasi politik serta hubungan kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan. Seramai lima belas orang usahawan tempatan yang dipilih daripada senarai ahli Dewan Perniagaan (Kadin) Tempatan Pulau Batam telah diwawancarai secara mendalam. Hasil kajian mendapati bahawa faktor utama yang menyebabkan usahawan menolak pelaksanaan dasar PPN dan PPnBM berkaitan erat dengan gejolak ekonomi politik di kalangan masyarakat berikutan krisis 1997, ketidakjelasan status Pulau Batam, perbezaan bahkan pertentangan persepsi antara pemerintah pusat dan usahawan tempatan berhubung penerbitan dasar PPN dan PPnBM, serta ketiadaan kajian komprehensif berhubungan dengan dasar PPN dan PPnBM. Penolakan pelaksanaan dasar PPN dan PPnBM mempunyai kesan positif bagi kepentingan usahawan tempatan dan pelabur asing. Tetapi, kesan negatifnya ialah merugikan kepentingan ekonomi nasional kerana tiada kutipan cukai dan terbukanya peluang terjadinya aktiviti penyeludupan. Sikap tidak tegas, tidak konsisten dan ketidakjelasan pemerintah dalam menetapkan status Pulau Batam mempunyai kesan negatif bagi perkembangan keusahawanan dan pelabur asing di sana. Dari segi ilmiah, dengan menggunakan perspektif ekonomi politik baru, penyelidikan ini dapat memperjelas pendekatan untuk menghuraikan hubungan pusat dengan tempatan dan mengaitkannya dengan kepentingan ekonomi politik antara pemerintah pusat dengan golongan usahawan. Pendekatan ekonomi politik baru membantu menjelaskan kenapa dan bagaimana usahawan menanggapi pelbagai dasar ekonomi pemerintah pusat di zon kawasan industri Kawasan Berikat Pulau Batam berdasarkan kepentingan keusahawanan mereka. Availability: Copies available: (), Actions: Add to Cart

Refine your search

This site is powered by KOHA software.
Installed and configured by Division of Information System and Technology & Journal Management and Binding Division ,Library of Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : +603 8921 5844 Faks : +603 8925 6067 E-mail : hafiz_az@ukm.my. Build and maintain by PTSL